HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 02 Okt 2017

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Pelan Strategik KUIS. Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut:-



Jawatan:


1. Penolong Pengurus  - 1 Kekosongan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

2. Penolong Pengurus  - 1 Kekosongan
Bahagian Kewangan

3. Penolong Pengurus - 1 Kekosongan 
Mais Daerah Zon A (Gombak & Hulu Selangor)

4. Jurutera - 1 Kekosongan

5. Pegawai Undang-undang - 1 Kekosongan

6. Pegawai Syariah - 1 Kekosongan

7. Penolong Pegawai Undang-undang - 1 Kekosongan

8. Penolong Pegawai Syariah - 2 Kekosongan

9. Eksekutif - 1 Kekosongan
Bahagian Perhubungan Korporat

10. Eksekutif - 1 Kekosongan
Bahagian Kewangan

11. Eksekutif - 1 Kekosongan
Bahagian Pengurusan Projek

12. Eksekutif - 1 Kekosongan
Bahagian Penyelidikan

13. Pembantu Eksekutif - 3 Kekosongan
Bahagian Pentadbiran/ Pusat Perlindungan Wanita, Baitul Ehsan (Sabak Bernam)/ Pusat Pemurnian
Akidah, Baitul Iman (Ulu Yam)

14. Pembantu Eksekutif - 3 Kekosongan
Bahagian Kewangan/bahagian Pengurusan Hartanah

15. Pemandu Kenderaan - 1 Kekosongan


Tarikh tutup permohonan : 02 Oktober 2017 (Isnin)




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Pengenalan KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.



Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.
Previous Post Next Post