Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 08 Okt 2017

Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagaimana di bawah :



Jawatan:


1. Juruteknologi Pergigian U29
  

2. Jurutera J41


3. Juruterapi Pergigian U29
  

4. Pegawai Dietetik U41  


5. Pegawai Kewangan W41


6. Pegawai Penyelidik Q41
  

7. Pegawai Pergigian Ug41


8. Pegawai Psikologi S41


9. Pegawai Sains C41


10. Pegawai Tadbir N41


11. Pegawai Undang-undang L41 


12. Pembantu Pembedahan Pergigian U19
  

13. Pembantu Perawatan Kesihatan U11


14. Pengawal Keselamatan Kp11
  

15. Penolong Arkitek Landskap Ja29


16. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29


17. Penolong Pegawai Pertanian G29
  

18. Penolong Pegawai Seni Bina Ja29
  

19. Penolong Pengurus Asrama N29
  

20. Penolong Pustakawan S29
  

21. Penyelia Asrama N19


22. Pereka B41


Cara memohon:

Permohonan melalui Sistem Pengurursan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu  http://www.ukm.my/sppj atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan di panggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah di anggap tidak berjaya. Tempoh sah laku permohonan adalah 1 tahun.

 Pengisian jawatan tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Oktober 2017






Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



Tentang UKM

Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.

Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.

Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 190 orang dan satu (1) orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.

Previous Post Next Post