Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) - 31 Januari 2018 - JAWATAN KOSONG 2020 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) - 31 Januari 2018

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mempelawa pemohon warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan untuk jawatan seperti berikut:-



Jawatan:-


1. SETIAUSAHA


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong (Borang Permohonan Jawatan) yang boleh muat turun di laman web http://www.integriti.my atau muatturun borang melalui link yang admin sediakan di bawah.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Integriti Malaysia
Menara Integriti
Persiaran Tuanku Syed Sirajudin
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p : Unit Sumber Manusia)


*Sila baca maklumat lanjut melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon.


Tarikh tutup permohonan pada  31 January 2018



About Us

Negara kita telah diimpikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menjadi sebuah negara bermasyarakat yang bermoral tinggi  dan beretika pada tahun 2020 apabila beliau mengisytiharkan penggerak utama impian ini iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 5 November 2003.

Perumusan PIN telah didasarkan pada semangat dan prinsip Wawasan 2020 secara khusus untuk memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur”

Pelancaran PIN pada 23 April 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah sekaligus melahirkan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebagai sebuah badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dimana objektif utama INTEGRITI ialah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni sejagat.


0 Response to "Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) - 31 Januari 2018"

Post a comment