Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 14 Mac 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan  kepada Anak Negeri Selangor.



Jawatan:


1. AKAUNTAN (KONTRAK) – GRED WA41 - 1 Kekosongan 


2. JURUBAHASA (KONTRAK) – GRED LA19 - 1 Kekosongan 


3. JURURAWAT MASYARAKAT (KONTRAK) – GRED U19 - 1 Kekosongan 


4. JURUTEKNIK KOMPUTER (KONTRAK) – GRED FT19 - 1 Kekosongan 


5. PEGAWAI KEBUDAYAAN (KONTRAK) – GRED B19 - 3 Kekosongan 


6. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KONTRAK) – GRED F41 - 1 Kekosongan 


7. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (KONTRAK) – GRED L41 - 1 Kekosongan 


8. PEMBANTU AKAUNTAN (KONTRAK) – GRED W19 - 2 Kekosongan 


9. PEMBANTU AWAM (KONTRAK) – GRED H11 - 1 Kekosongan 


10. PEMBANTU JURUAUDIT (KONTRAK) – GRED W19 - 1 Kekosongan 


11. PEMBANTU KEMAHIRAN (KONTRAK) – GRED H19 - 9 Kekosongan 


12. PEMBANTU KEMAHIRAN (TETAP) – GRED H19 - 9 Kekosongan 


13. PEMBANTU KESIHATAN AWAM (KONTRAK) – GRED U19 - 4 Kekosongan 


14. PEMBANTU KESIHATAN AWAM (TETAP) – GRED U19 - 9 Kekosongan 


15. PEMBANTU OPERASI (KONTRAK) – GRED N11 - 3 Kekosongan 


16. PEMBANTU PENILAIAN ‘PEKERJA SAMBILAN HARIAN’ - 2 Kekosongan 


17. PEMBANTU PENILAIAN (KONTRAK) – GRED W19 - 7 Kekosongan 


18. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (TETAP) – GRED U11 - 1 Kekosongan 


19. PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) KONTRAK – GRED L19 - 4 Kekosongan 


20. PEMBANTU OPERASI (PENGASUH) ‘CONTRACT FOR SERVICE’ - 2 Kekosongan 


21. PENOLONG JURUTERA (KONTRAK) – GRED JA29 - 1 Kekosongan 


22. PENOLONG JURUUKUR BAHAN ‘CONTRACT FOR SERVICE’ - 1 Kekosongan 


23. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (KONTRAK) – GRED U29 - 2 Kekosongan 


24. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (KONTRAK) – GRED G29 - 3 Kekosongan 


25. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KONTRAK) – GRED FA29 - 1 Kekosongan 


26. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG (TETAP) – GRED L29 - 1 Kekosongan 


27. PEMBANTU PENGUATKUASA (POLIS BANTUAN) (KONTRAK) – GRED KP19 - 7 Kekosongan 


28. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (KONTRAK) – GRED U29 - 2 Kekosongan 


29. AKAUNTAN (KONTRAK) – GRED WA41 - 1 Kekosongan 



Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mac 2018 (Rabu)




Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)


Latar Belakang

Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru atau kawasan petempatan bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya.

Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan "Old Town" dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan 1 (satu) yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.

Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai ‘Autonomi Kewangan' telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.

Previous Post Next Post