Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Pusat Pungutan Zakat MAIWP - 16 Mac 2018

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : -



Jawatan:


1. EKSEKUTIF ICT - 1 Kekosongan


2. EKSEKUTIF KOMUNIKASI KORPORAT - 1 Kekosongan


3. EKSEKUTIF ZAKAT - 6 Kekosongan


4. JURUGAMBAR - 1 Kekosongan


5. PENOLONG PEGAWAI KAUNTER - 1 Kekosongan


6. KERANI KEWANGAN - 1 Kekosongan


7. KERANI - 1 Kekosongan


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mac 2018 (Jumaat)



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Jawatan Kosong Terkini 2018 di Pusat Pungutan Zakat MAIWP


Sejarah

Usaha untuk merubah dari yang baik kepada lebih baik bukanlah mudah. Justeru pada awal tahun 1990 bahawa sistem pungutan zakat boleh dilaksanakan secara sistematik, menggunakan teknologi terbaru dengan cekap dan berkesan mula dicetuskan.

Justeru cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP) Tan Sri Dr. Yusof Noor. Jawatankuasa petugas ini diketuai DatoĆ¢€™ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, manakala ahli-ahlinya Haji Omar Thean Abdullah, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji Abdul Khalid Abdul Aziz. Pasukan petugas ini memulakan tugasan pada 20 Disember 1989. Antara tugas-tugas kumpulan ini memberi panduan timbal balik pada kajian yang dibuat oleh satu firma perunding yang dipilih. Perkara asas yang dicadangkan dalam kajian tersebut bahawa sebuah Yayasan perlu diwujudkan oleh MAIWP. Tujuan penubuhan Yayasan mewujudkan pengurusan berbentuk korporat untuk mengendalikan usaha pungutan zakat bagi pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Teras kepada sistem baru ini ialah prosedur pungutan yang direkabentuk dan disesuaikan melalui sistem komputer.Ia melibatkan borang taksiran zakat, sistem kod (coding),sistem mengumpul maklumat,sistem pembayaran, sistem timbang tara (check and balance), sistem pemasaran dan sistem laporan.Setelah satu tahun kajian, perancangan dan pelaksanaan maka Pusat Pungutan Zakat telah mula beroperasi pada awal tahun 1991.

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta. Zakat harta yang menjadi fokus utama PPZ-MAIWP adalah zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat saham, zakat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Previous Post Next Post