Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan - 27 Mac 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan seperti berikut : 



Jawatan:


1. PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41 
(Sila pilih jawatan PEGAWAI TADBIR GRED N41)


2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29


3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29


4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29


5. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29


6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19


7. PENGAWAS HUTAN GRED G19


8. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19


9. PELUKIS PELAN GRED JA19


10. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19


11. PEMBANTU SYARIAH GRED LS19


12. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19


13. PEMANDU KENDERAAN GRED H11


Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.


Cara Memohon:

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan di bawah. Jika anda sudah pernah mengisi/mendaftar di SPA8i, anda hanya perlu mengemaskini pilihan jawatan sahaja.


Sebelum atau pada 27 Mac 2018 (Selasa) jam 11.59 malam


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.


Previous Post Next Post