Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) - 1 Aug 2018

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) was established under the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999. SUHAKAM has the mandate and responsibility as the National Human Rights Institution, to promote awareness and protection of human rights. 



Jawatan:


1. KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48


Cara memohon:Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri (resume) beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 01 Ogos 2018 kepada:

Unit Sumber Manusia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Pejabat Pengerusi SUHAKAM
Tingkat 12, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)



Sejarah SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003

Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post