Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Pulau Pinang - 24 Aug 2018

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang seperti berikut:-



Jawatan:


1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43


2. JURUTERA GRED J41


3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29


4. PENOLONG JURUAUDIT GRED W29


5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29


6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Ogos 2018


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Bandaraya Pulau Pinang



Latar Belakang

Pulau Pinang adalah sebuah daripada tiga belas negeri di Malaysia yang terletak di sebelah utara Semenanjung. Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kerajaan Tempatan wujud di Pulau Pinang sejak tahun 1856. Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15 Disember 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Seterusnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Majlis Bandaraya Pulau Pinang mentadbir kawasan seluas lebih kurang 305.77 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang kaum seramai lebih kurang 722,300 orang. Majlis merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

Jemaah pentadbiran Majlis terdiri daripada seorang Datuk Bandar dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis ialah selama setahun.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post