Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu - 19 Aug 2018

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PENOLONG PUSTAKAWAN, GRED S29 - 1 Kekosongan


2. PEMBANTU PUSTAKAWAN, GRED S19 - 2 Kekosongan


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N19 - 1 Kekosongan


4. PEMANDU KENDERAAN, GRED H11 - 1 Kekosongan


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Ogos 2018


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu


Sejarah Penubuhan

Pada 1 November 1978 beberapa orang kakitangan baru telah mula diambil untuk mengisi kekosongan di dalam pelbagai jawatan terutama di bahagian pentadbiran dan pengurusan perpustakaan. Kerja-kerja pembelian dan pemerosesan buku dilakukan dengan lebih giat. Pada bulan April 1979 pembinaan Bangunan Tun Abdul Razak siap sepenuhnya . Pada 13 April 1979 adalah hari yang bersejarah bagi warga perpustakaan kerana dapat menduduki bangunan sendiri iaitu Bangunan Tun Abdul Razak di Jalan Paya Bunga (kini Jalan Sultan Ismail). Pada 29 Jun 1979, bangunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh Al Marhum DYMM Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu memulakan perkhidmatannya pada 15 September 1979 dan mulai 1 Januari 1980 telah memperluaskan kepada perkhidmatan pinjaman. Semenjak itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu terus berkembang pesat dan mempunyai rangkaian perkhidmatan perpustakaan di daerah Besut, Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun, Marang, Setiu dan Pekan Kerteh. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu juga menubuhkan Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa di seluruh pelosok negeri bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat.PPAT mempunyai kakitangan seramai 156 orang. Dari jumlah tersebut seramai 7 orang adalah kakitangan profesional.
Previous Post Next Post