Tentang LADA
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk merancang dan menggalakkkan serta melaksanakan pembangunan di Pulau Langkawi. LADA dengan rasminya ditubuhkan pada 15 Mac 1990 di bawah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Visi
Menjadi agensi peneraju untuk pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia
Misi
Menggerakkan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan Langkawi yang memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara melalui perancangan yang strategik serta urus tadbir yang berkesan