Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Kulai - 14 Nov 2018

Pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kulai sebagaimana berikut:- 



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29


2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


Tarikh tutup permohonan : 14 November 2018 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Perbandaran Kulai


Latar Belakang

Pada tahun 1920, Daerah Kulai asalnya di kenali sebagai Gui Lai yang bermaksud ‘kedatangan kura-kura’. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa tibanya musim hujan di mana kedua-dua belah tebing sungai Kulai pastinya akan di landa banjir. Akibatnya berpuluh-puluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak menghala ke arah pekan. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh di lihat pada catatan sebuah batu yang di tulis dalam bahasa Cina di Stesen Keretapi Kulai. Di sebabkan kesukaran untuk menulis perkataan Gui Lai dalam bahasa Cina , maka namanya telah di tukar kepada Kulai, dan ia terus kekal sehingga kini.

Kulai juga di katakan mendapat nama bersempena sebuah peristiwa banjir yang melanda pada sekitar tahun 1890-an. Sungai Kulai ketika itu amat penting oleh kerana ia merupakan nadi aktiviti harian penduduk sekitar yang bergantung kepada aktiviti tanaman.

Selain daripada itu, terdapat juga versi sejarah lain yang menyatakan Kulai mendapat namanya daripada kisah seorang Tengku yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu. Setiap kali kunjungan, beliau akan di panggil oleh penduduk tempatan sebagai ‘Tengku Lai’ yang membawa maksud ‘Tengku datang’.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post