Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 2 Feb 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti berikut:



Jawatan:


1. Pegawai Perubatan Gred UD43 (Kontrak / Tetap)


2. Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak / Tetap)


3. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 (Kontrak / Tetap)


4. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 (Kontrak / Tetap)


5. Pembantu Kemahiran (Mekanik Kereta Motor) Gred H19 (Kontrak / Tetap)


6. Pemandu Kenderaan Gred H11 (Kontrak / Tetap)


7. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11 (Kontrak / Tetap)


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Februari 2019 (Sabtu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)



Sejarah DBKL

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan. Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1981.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post