Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang seperti berikut:-
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29
2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19
3. PENERBIT RANCANGAN GRED B19
Tarikh Tutup Permohonan : 08 Februari 2019 (Jumaat)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Islam merupakan agama rasmi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”
Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).
Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan masyarakat Islam semasa, Bahagian Hal Ehwal Islam ( BAHEIS ) ini telah disusun semula. Maka pada 2 Oktober 1996, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan perakuan supaya BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri dinaikkan taraf menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa 1 Januari 1997 dengan nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).