Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) - 25 Jan 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Sembilan yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut : -



Jawatan:-


1. Pemandu Kenderaan Gred H11


2. Pembantu Awam Gred H11 


3. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29


4. Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 


5. Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 


6. Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29


7. Pembantu Penilaian Gred W19 


8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19


9. Pembantu Operasi Gred N11


Tarikh tutup permohonan : 25 Januari 2019 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2019 di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)



Latar Belakang

Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18 batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Dengan kenaikan tarafnya sebagai Majlis Perbandaran, Majlis mendokong bersama misi dan wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang penuh cabaran membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi Port Dickson sebagai destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan awam. Memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan yang dirangka ke arah memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai yang moden dan terkenal.


Klik Maklumat Lengkap Iklan

Kerja Kosong Terkini Negeri Sembilan

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post