Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang - 14 Jan 2019

Pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang sebagaimana berikut:- 



Jawatan:



1. AKAUNTAN WA41


Tarikh tutup permohonan : 14 Januari 2019 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong Terkini 2019 di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang


Latar Belakang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang merupakan sebuah PBT baharu yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir urus Pengerang yang sedang rancak membangun, menerusi projek mega hab petroleum dan gas - Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC).

PBT Pengerang diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, mesra pelabur dan mengutamakan masyarakat setempat. Bagi mencapai aspirasi dan wawasan ini, PBT Pengerang komited dalam memastikan perkhidmatan yang profesional, berwibawa dan efisien.

Johor Corporation telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mentadbir urus PBT Pengerang yang kawasannya seluas 128,830 hektar ini. Kawasan ini merangkumi lima (5) mukim iaitu Mukim Pengerang, Mukim Tanjung Surat, Mukim Johor Lama, Mukim Pantai Timur dan Mukim Sedili Kecil. Dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan, semoga kewibawaan serta profesionalisme PBT Pengerang di tahap yang terbaik. Begitu juga dalam meningkatkan kecekapan dan kepantasan sistem perkomputeran serta tadbir urusnya yang amat dituntut oleh pembayar cukai.

PBT Pengerang juga berharap Pengerang menjadi sebuah Bandar Bestari dan Lestari di bawah 'flagship' Program Pengerang Pintar (Smart Pengerang), Inisiatif Hijau dan Bandar Karbon Rendah (Low Carbon City). Usaha ini merangkumi penyediaan infrastruktur terkini, tadbir urus cekap dan teknologi pintar dalam penyediaan blue print pembangunan masa depannya.
Previous Post Next Post