Temuduga Terbuka di Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM) - 12 - 21 Jan 2019 - JAWATAN KOSONG 2019 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Temuduga Terbuka di Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM) - 12 - 21 Jan 2019

Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang akan dimaklumkan berasingan. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut:



Jawatan:


1. PEMILIHAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 189 & WANITA SIRI 45 TAHUN 2019


Tarikh untuk temuduga terbuka pengambilan : 12 - 21 Januari 2019
(boleh rujuk pada poster melalui link di bawah)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Temuduga Terbuka 2018 di Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM)



Sejarah TDM

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.  Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.  Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini.  Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

1 Response to "Temuduga Terbuka di Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM) - 12 - 21 Jan 2019"

  1. Assalamualaikum . Borang untuk isi askar darat mcm mne ya . Kena isi spa dlu ke . Terima kasih

    ReplyDelete