Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 25 July 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas danberkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut :-



Jawatan:


1. Pemandu Kenderaan Gred H11


2. Pembantu Perangkaan Gred E19


3. Pembantu Penerangan Gred S19


4. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19


5. Pembantu Juruaudit Gred W19


6. Jurufotografi Gred B19


7. Juruaudio Visual Gred N19


8. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


9. Jururawat Gred U29


10. Pegawai Sains Gred C41


11. Pegawai Penerangan Gred S41


12. Pegawai Perubatan Gred UD43/UD47


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Julai 2019 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)



AKTA LPPKN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN,  telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966.

Pindaan pertama telah dibuat pada tahun 1976 manakala pindaan kedua dibuat pada tahun 1984. Pindaan kedua ini melibatkan pertukaran nama akta daripada Akta Perancang Keluarga kepada Akta Penduduk dan Keluarga. Sejajar dengan perubahan ini, nama LPPKN yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara telah ditukar menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN telah diperluaskan daripada semata-mata penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga kepada perspektif penduduk dan pembangunan sosioekonomi yang lebih luas.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post