Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perikanan Malaysia - 6 Oct 2019

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan Perikanan Malaysia.



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)


2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29) 


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line dengan menghantar resume & Sijil serta gambar passport kepada ifdof@dof.gov.my

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 06 Oktober 2019 (Ahad)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jawatan Kosong Terkini 2019 di Jabatan Perikanan Malaysia



Sejarah Penubuhan Jabatan

Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit Perikanan Kolonial diwujudkan oleh Kerajaan British di bawah Pentadbiran Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Selat

Sejarah Awal (1894 - 1945 ) - Penubuhan Jabatan Perikanan

Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit ini bertanggungjawab mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada waktu itu, aktiviti perikanan diusahakan secara kecil-kecilan sebagai saradiri penduduk yang tinggal di tepi pantai dan muara sungai. Pada tahun 1904, satu kajian awal mengenai spesis ikan laut telah dijalankan di pantai barat Negeri-Negeri  Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada masa yang sama penghijrahan penduduk dari selatan Thailand negeri Perlis, Kedah dan Kelantan semakin ramai. Sebahagian daripada mereka telah menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai punca pendapatan. "Ordinan Perikanan" telah diperkenalkan pada tahun 1909 bagi mengawal aktiviti perikanan.

Previous Post Next Post