HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara - 3 Jun 2021

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan berikut:-



Jawatan:

1. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19


2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19


3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19


4. PEMANDU KENDERAAN H11


Tarikh tutup permohonan : 03 Jun 2021 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2019 di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara

Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah Penubuhan

Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditubuhkan pada 8 Oktober 1973 sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan mengikut Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111]. Akta 111 bertujuan menubuhkan Lembaga Tembakau Negara untuk memperbaiki dan menjalankan dengan sepatutnya industri pengeluaran tembakau, dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan Lembaga dan industri itu.

Berikutan kesan persaingan perdagangan terhadap industri tembakau ekoran pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada 2010 dan polisi Kerajaan yang menggalakkan pengurangan penggunaan tembakau serta pematuhan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kerajaan telah mengenal pasti satu sumber pertumbuhan baru untuk dibangunkan yang berpotensi menjana pendapatan kepada penanam iaitu tanaman kenaf.

Sehubungan itu, Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah dikuatkuasakan pada 1 April 2010 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan industri tembakau. Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran LTN yang digantikan dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Akta 692 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan tembakau, membubarkan Lembaga Tembakau Negara dan mengadakan peraturan bagi perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya.




Previous Post Next Post