Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) [8 April 2022] - JAWATAN KOSONG 2022 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) [8 April 2022]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara




Jawatan:


1. PEMBANTU AWAM (TUKANG KEBUN) - 2 Kekosongan


Tarikh Tutup Permohonan : 08 April 2022 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah MSN

Majlis Sukan Negara ditubuhkan dibawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara Pindaan (1979). Pelancaran secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.





0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) [8 April 2022]"

Post a Comment