Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) - 21 Mac 2022

Adalah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) (Rakyat Terengganu menjadi keutamaan) :-



Jawatan:


1. PEGAWAI PERANCANGAN BANDAR & DESA J41


2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41


3. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) JA19


4. PEMBANTU TADBIR (KEW) W19


5. PENOLONG JURUTERA JA29


6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Mac 2022 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah/Latar Belakang

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah ditubuhkan pada 1 April,1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu (Bil.3/1965). Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991 - 2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT juga turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan melalui syarikat-syarikat anak.




Previous Post Next Post