Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagaimana di bawah :
Jawatan:
1. GURU BAHASA DG41
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
5. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI DH41
6. PEGAWAI SAINS C41
7. PEGAWAI TADBIR N41
8. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
9. PEMANDU KENDERAAN H11
10. PEMBANTU AWAM H11
11. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
12. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
13. PEMBANTU MAKMAL C19
14. PEMBANTU OPERASI N11
15. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
16. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
17. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
18. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
19. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
20. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
21. PENOLONG AKAUNTAN W29
22. PENOLONG JURUTERA JA29
23. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
24. PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN N29
25. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
26. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
27. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
28. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N29
29. PENOLONG PUSTAKAWAN S29
30. PEREKA B29
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mac 2022 (Ahad)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Like Group FB - Kerja Kosong Terkini [MehKerja]
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Tentang UKM
Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.
Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.