HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) [18 April 2022]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seperti berikut :-



Jawatan:


1. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19 - 2 Kekosongan

Jadual Gaji : Gred N19
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar KGT : RM100.00


Syarat Lantikan:


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut). (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau


(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau


(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau


(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


2. Calon bagi lantikan hendaklan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh Tutup : 18 April 2022 [Isnin]


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Join Channel Telegram - Meh Kerja

Sejarah

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia). Mereka ialah

Haji Nik Mahmood Bin Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Rajai)
Haji Muhammad bin Khatib Hj. Muhammad Said (Dato' Laksamana)
Haji Awang Muhd. Yusoff bin Ahmad (Tok Kenali)


Previous Post Next Post