Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Amanah Rakyat (MARA) - 25 April 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Permohonan adalah daripada rakyat yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-



Jawatan:


1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Sihat fizikal dan mental;

3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

4. Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu (1) mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

5. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang / subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

6. Bagi pemohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

7. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.

8. Mendapatkan surat pengiktirafan sijil / diploma / ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat: - https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm atau - https://www2.mqa.gov.my/mqr/

9. Aktif dalam kegiatan kokurikulum;

10. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);

11. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain; 

12. Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahagunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

13. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya.


Tarikh tutup permohonan : 25 April 2022 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Pengenalan

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post