(i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)
Tarikh tutup permohonan : 20 April 2022 (Rabu)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri.
Pada 01 Januari 1977, Majlis Daerah Kota Tinggi melalui penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Malaysia Barat dengan menyatukan beberapa buah Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 untuk diterbitkan dalam satu Lembaga Pengurus.
0 Comments