Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) - 15 April 2022

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap Pegawai Penguat kuasa atau terhadap sesuatu Agensi Penguatkuasaan. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya ini.



Jawatan:


1. PERSONEL MYSTEP BAHAGIAN UNDANG-UNDANG


Tarikh Tutup Permohonan : 15 April 2022 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang EAIC

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.




Previous Post Next Post