Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Teknologi MARA Penang - 21 April 2022

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak/harian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang seperti berikut:-



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95). 


Tarikh tutup permohonan : 21 April 2022 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah

Apabila UiTM Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir, jabatan ini telah diwujudkan sebagai Jabatan Sains Kejuruteraan yang diletakkan di bawah pengurusan Fakulti Kejuruteraan. Kakitangan di jabatan ini terdiri daripada pensyarah dalam bidang fizik, kimia, matematik dan sains komputer serta disokong oleh beberapa orang pembantu makmal.

Apabila fakulti sementara ini disusun semula, beberapa fakulti telah dibangunkan seperti Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Para pensyarah di bawah Jabatan Sains Kejuruteraan telah dipecahkan mengikut bidang masing-masing di mana bidang Fizik-Kimia diletakkan di bawah Fakulti Sains Gunaan (FSG). FSG berperanan memberikan khidmat mengajar kod kimia dan fizik yang diwajibkan ke atas pelajar diploma kejuruteraan.




Previous Post Next Post