Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Tumpat - 19 Mei 2022

Pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Tumpat sebagaimana berikut:- 



Jawatan:


1. PENOLONG JURUTERA JA29 - 2 Kekosongan


2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29 - 1 Kekosongan


3. PEMBANTU PENILAIAN W19 - 2 Kekosongan


4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19 - 5 Kekosongan


5. PEMANDU KENDERAAN H11 - 1 Kekosongan


Tarikh tutup permohonan : 19 Mei 2022 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah

Majlis Daerah Tumpat adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuh pada 1 Januari 1979 berikutan suatu keputusan dibuat oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dalam tahun 1973 berhasrat supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dalam Semenanjung Malaysia dibuat penyusunan semula. Penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan ini dibuat adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 tahun 1976.Sebenarnya sistem Kerajaan Tempatan di Negeri Kelantan Darulnaim ini telah lama wujud ianya bermula sejak tahun 1907 dengan penubuhan ‘Sanitory Board' di beberapa kawasan di bawah undang-undang ‘Sanitory Board' tahun 1907. Tumpat seiring dengan Kota Bharu dan Pasir Mas merupakan tiga buah jajahan yang mula-mula diletakkan di bawah kawalan ‘Sanitory Board' dengan tugas-tugas utama kebersihan, pungutan sampah dan lampu-lampu jalan pada tahun 1914.
Previous Post Next Post