Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 23 Mei 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)



Jawatan:


1. EKSEKUTIF PENTADBIRAN EX-1


2. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KANAN NE-9


3. JURUTEKNIK NE6-1


4. PEMBACA METER NE3-1


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mei 2022 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) adalah sebuah syarikat yang berperanan dalam pengurusan Air Negeri Melaka dan bertanggungjawab di dalam perkhidmatan rawatan dan pengagihan air bersih di negeri ini. Syarikat ini telah mendapat lesen daripada Kerajaan Negeri Melaka untuk menyediakan perkhidmatan pembekalan air bersih kepada penduduk sekitar melalui Enakmen Perjanjian 2004. Sejarah bekalan air Negeri Melaka bermula lebih satu abad lalu apabila Empangan Ayer Keroh yang terletak kira-kira tujuh (7) batu dari Bandar Melaka telah dibina oleh ‘The Corps of Royal Engineer’ pada sekitar tahun 1898. Dengan terbina empangan ini, maka ia telah dapat memberi sumber air kepada penduduk secara amnya. Kemudian sistem bekalan ini diserahkan kepada Majlis Perbandaran untuk menyelenggarakan bekalan air dengan membayar sebanyak RM7,200.00 setahun kepada kerajaan sebagai pampasan untuk membiayai kos projek berkenaan. Apabila Bandar Melaka semakin berkembang maka bekalan air tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Maka, Empangan Asahan telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudian diserahkan kepada Majlis Perbandaran Melaka untuk operasi dan penyelenggaraan. Kedua-dua punca bekalan air dari Asahan dan Ayer Keroh telah digunakan untuk membekalkan air ke Bandar Melaka. Setelah Perang Dunia Kedua, ternyata bahawa bekalan air dari kedua-dua punca iaitu Asahan dan Ayer Keroh tidak mencukupi untuk menampung penggunaan yang semakin meningkat.




Previous Post Next Post