Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Johor - 7 Jun 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Johor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Negeri Johor seperti berikut:



Jawatan:


1. PERSONEL MYSTEP


Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kekosongan : Empat Belas (14)
Tempat : Ibu Pejabat, Majlis Agama Islam Negeri Johor
Kadar Upah : RM1,600.00 sebulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP dan PERKESO
 

Tarikh tutup permohonan pada : 07 Jun 2022 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang

Merujuk Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor tahun 1897, fasal 28, Jemaah Menteri telah diinstitusikan secara bertulis. Berikutan itu, rombakan besar dalam struktur pentadbiran kerajaan Johor telah dilakukan. Diantara Jabatan baru yang diwujudkan ialah Jabatan Agama dan Pelajaran (Ecliastical And Education Department ). YM Ungku Mohd Khalid bin Daeng Ibrahim telah diperkenan menjadi Yang Dipertua Jabatan Agama dan Pelajaran.  Dari segi tarafnya, Jabatan tersebut boleh disifatkan bertaraf kementerian apabila beliau dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri. Sebagai agensi kerajaan, Jabatan Agama dan Pelajaran mempunyai satu jawatan eksekutif yang terpenting iaitu Setiausaha. Orang pertama menyandang jawatan itu ialah Mohd Khalid bin Haji Abdul Munshi dalam tahun 1906. Bahagian Pelajaran dipisahkan sebagai satu Jabatan yang berasingan. Pada tahun 1918, organisasi Jabatan Agama dapat digambarkan seperti berikut :

Yang Dipertua Jabatan ( Ungku Omar Ahmad), Pentadbiran Am (Naib Yang Dipertua Jabatan Ungku Abdul Rahman) Pejabat Mufti, (Syed Abdul Kadir Mokhsen), Pejabat  Kadi (Haji Mohd Nasir bin Haji Salim), Bilal-Imam (daerah-daerah), Kadi Batu Pahat dan Kadi Muar.




Previous Post Next Post