Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - 30 Jun 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia/Rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:



Jawatan:


1. PENOLONG PUSTAKAWAN S29


Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2022 (Khsmis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah Penubuhan

Sejarah awal wujudnya Perpustakaan Negeri Sembilan adalah melalui penubuhan sebuah perpustakaan yang terletak di Jalan Dato’ Abd. Malek, Seremban iaitu Perpustakaan Sir Hendry Gurney. Perpustakaan Sir Hendry Gurney ini  telah dibuka dengan rasminya pada 30 Julai 1952. Menyedari tentang kepentingan perpustakaan kepada masyarakat. Maka, kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil alih pentadbiran perpustakaan ini pada tahun 1978 melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (1974). Jawatankuasa Perpustakaan Gurney telah pun bersetuju untuk menyerahkan perpustakaan ini kepada Perbadanan mulai daripada 1 Oktober 1978. Pada asalnya, bangunan ini diperbuat daripada kayu dan hanya berukuran 60’x40’ serta beratap asbestos. Ianya hanya dapat menempatkan kira-kira 50 tempat duduk dan boleh menampung sejumlah 10,000 naskah buku sahaja. Bangunan tersebut telah dirobohkan dan bekas tapak tanahnya telah dimajukan. 

Bermula dengan Perpustakaan Sir Hendry Gurney, PPANS telah berpindah dan menduduki Bangunan Lama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah pada tahun 1987. Projek untuk mengubahsuai bangunan ini telah dimulakan pada 29 Mac 1988 dengan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia dan siap pada Mei 1989, manakala perkhidmatan kepada orang ramai mula diberikan pada Ogos 1989.



Previous Post Next Post