Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) - 28 Jun 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia/Rakyat Negeri Kedah yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:



Jawatan:-


1. PENGAWAS PERPUSTAKAAN DESA - 7 Kekosongan


Tarikh tutup permohonan : 28 Jun 2022 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK)

Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah

1952 - Sebuah Jawatankuasa telah dilantik bagi menaja dan mentadbir sebuah perpustakaan umum negeri. Mesyuarat perlantikan jawatankuasa telah diadakan di Kelab Pejabat Kerja Raya

1957 - Dalam mesyuarat Majlis Bandaran Alor Setar pada bulan September 1957, Encik Poh Sin Bin iaitu Pegawai Ukur Daerah Kota Setar pada waktu itu mencadangkan agar diwujudkan sebuah perpustakaan di bandar Alor Setar.

1960 - Pada 24 Februari 1960, Majlis Bandaran Alor Setar dalam mesyuaratnya telah memohon dan berhasil mendapatkan peruntukan sebanyak RM 45,000 dari Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah perpustakaan. Bantuan juga telah diterima dari badan-badan sukarela dalam bentuk wang dan buku. Pejabat Penerangan Amerika Syarikat (USIS) dan The British Council turut menyumbangkan bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan tersebut.

1961 - Pada 30 September 1961, Perpustakaan Umum Alor Setar yang berkongsi bangunan bersama Muzium Negeri telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

1972 - Pada 28 April 1972, satu Enakmen iaitu Enakmen 7 Tahun 1971 telah diluluskan untuk penubuhan sebuah Perbadanan yang dinamakan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dan Enakmen ini dikuatkuasakan pada 1 Januari 1974.




Previous Post Next Post