Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak
Jawatan:
1. PEGAWAI EKSEKUTIF
PENGURUSAN ASRAMA N29
2.PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) JA29
3. JURURAWAT U29
4. PEMANDU H11
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Jun 2022 (Selasa)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Like Group FB - Kerja Kosong Terkini [MehKerja]
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Profil
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak komited dalam segala usaha yang membawa kepada kecemerlangan aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Tunjang kekuatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dijana menerusi pengetahuan dan kompetensi sumber manusia dalam menyediakan dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran, menjalankan penyelidikan dan perundingan, penulisan dan penerbitan ilmiah, jaringan industri serta melaksanakan program khidmat masyarakat.
Dalam usaha menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu ternama di Malaysia dan peringkat global, UiTM Cawangan Perak mengamalkan budaya organisasi yang berlandaskan visi, misi, objektif kualiti piagam pelanggan serta turut menerapkan nilai PERAK.