Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Melaka (UNIMEL) - 24 Jun 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Melaka (UNIMEL)




Positions:


1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41) - 2 Kekosongan


Syarat Lantikan:

a) Ijazah Sarjana (Masters) atau Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau


b) Ijazah Sarjana (Masters) atau Sarjana Muda di dalam bidang yang berkaitan dari universitiuniversiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan


c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Jun 2022 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Universiti Melaka (UNIMEL)
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Tentang kami

Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian Islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan/

Pada 8 April 2021 secara rasmi KUIM telah dinaik taraf menjadi sebagai sebuah Universiti Penuh dan kini dikenali sebagai Universiti Melaka atau UniMEL. Dengan pengiktirafan ini, KUIM (UniMEL) dan kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama bagi meningkatkan jumlah pelajar tempatan dan antarabangsa, seterusnya membantu meletakkan UniMEL dalam ‘ranking’ institusi pengajian tinggi seluruh dunia, sekali gus menjadikannya satu daripada institusi pendidikan terunggul di Malaysia.




Previous Post Next Post