Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Klang - 15 Julai 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan berikut: (Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan)



Jawatan:


1. JURUTERA J41


2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41


3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41


4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41


5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29


6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29


7. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29


8. PENOLONG JURUAUDIT W29


9. PEMBANTU AKAUNTAN W19


10. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19


11. PEMBANTU KESELAMATAN KP19


12. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19


13. PEMBANTU OPERASI N11


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2022 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Perbandaran Klang
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.




Previous Post Next Post