Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Pulau Pinang - 2 September 2022

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang seperti berikut:-



Jawatan:


1. ARKITEK LANDSKAP GRED J41


2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29


3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29


4. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29


5. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 


6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19


7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


8. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19


9. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19


10. PEMBANTU OPERASI GRED N11


11. PEMBANTU AWAM GRED H11 


12. PENGHANTAR NOTIS GRED N11


13. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11


Tarikh Tutup Permohonan : 02 September 2022 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang

Pulau Pinang adalah sebuah daripada tiga belas negeri di Malaysia yang terletak di sebelah utara Semenanjung. Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kerajaan Tempatan wujud di Pulau Pinang sejak tahun 1856. Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15 Disember 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Seterusnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Majlis Bandaraya Pulau Pinang mentadbir kawasan seluas lebih kurang 305.77 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang kaum seramai lebih kurang 722,300 orang. Majlis merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

Jemaah pentadbiran Majlis terdiri daripada seorang Datuk Bandar dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis ialah selama setahun.





Previous Post Next Post