Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Taiping - 11 Oktober 2022

Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.



Jawatan:


1. PEGAWAI TADBIR N41


2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41


3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N29


4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29


6. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19


7. PEMBANTU VETERINAR G19


8. PEMBANTU KEMAHIRAN (TUKANG KAYU) H19


9.  PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19


10. PEMBANTU PENILAIAN W19


11. PEMBANTU OPERASI N11


12. PEMBANTU AWAM H11 


13. PEMANDU KENDERAAN H11


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja dengan mengisi maklumat yang diperlukan di Portal Rasmi Perak Digital Negeri Perak di https://digital.perak.my/penjawatan/ - (link admin sediakan di bawah)


Tarikh tutup permohonan : 11 Oktober 2022 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang Taiping

Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut.

Bandar Taiping yang terletak di Negeri Perak, dahulunya dikenali sebagai Klian Pauh dan telah ditukar kepada Taiping sempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan Cina "Tai-Peng" yang bermaksud aman selamanya.

Dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Taiping telah menjadi sebuah bandar yang utama di Negeri Perak sebagai pusat pentadbiran British berbanding Bandar Taiping sebagai salah satu bandar yang tertua di Malaysia.

Pada tahun 1874, Lembaga Kebersihan / Kesihatan ditubuhkan bagi mentadbir bandar Taiping, fungsi Lembaga telah bertaraf dan telah digubal sesuai dengan penambah fungsi Bandar Taiping sendiri. Kini, Taiping merupakan bandar yang kedua besar selepas Bandaraya Ipoh.





Previous Post Next Post