Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 11 November 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.



Jawatan:


1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 15 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,218.00 - Gaji Maksimum : RM 2,939.00


2. PEMBANTU PENGUATKUASA (SUASA EFEKTIF) GRED KP19 - 14 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,360.00 - Gaji Maksimum : RM 4,052.00


3. PENOLONG JURUTERA (AWAM DAN ALAM SEKITAR) GRED JA29 - 3 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,549.00 - Gaji Maksimum : RM 5,701.00


4. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 - 1 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,773.00 - Gaji Maksimum : RM 5,674.00


Tarikh Tutup Permohonan : 11 November 2022 (Jumaat)


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Penubuhan MBSA

​Pentadbiran Shah Alam bermula dengan penubuhan MPSA pada 7 Disember 1978 mengikut Akta 71, Akta Kerajaan Tempatan. Penubuhan MPSA, itu adalah serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun, pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.

Pentadbiran MPSA bermula di sebuah rumah kedai di Seksyen 3. Jumlah kakitangannya merupakan 123 orang dan kebanyakkannya merupakan kakitangan Lembaga Bandaran. Lembaga ini diwujudkan khas di bawah pentadbiran PKNS untuk mentadbir Shah Alam. Apabila MPSA mula beroperasi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor secara automatik berperanan sebagai Yang Dipertua.

Oleh kerana Yang Dipertua tidak sepenuh masa, maka seorang Penolong Setiausaha, telah dilantik untuk membantu tugas-tugas Yang Dipertua. Pada 1 Februari 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Hanya pada tahun 1988, MPSA mendapat seorang Yang Dipertua sepenuh masa Jawatan Yang Dipertua ini seterusnya telah ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaik taraf status bandaraya pada 10 Oktober 2000.

Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Seterusnya pada Oktober 1988, MPSA telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA. Bangunan 28 tingkat yang bernilai RM141 juta mampu menempatkan semua jabatan MPSA yang sekarang dinaik status ke MBSA di bawah satu bumbung.




Previous Post Next Post