HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - 14 November 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)



Jawatan:


1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


2. PEMBANTU OPERASI GRED N11


3. PERSONEL MYSTEP (IJAZAH SARJANA MUDA)


4. PERSONEL MYSTEP (DIPLOMA)


5. PERSONEL MYSTEP (SPM)



Cara memohon:


1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www2.mqa.gov.my/jobsmqa. (link admin sediakan di bawah)


2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.


3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.


4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.


5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.


6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.


7. Sila hubungi talian berikut untuk bantuan:


i) pertanyaan berkaitan maklumat jawatan yang dipohon.
03-8688 3620/3679/3714
Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


ii) pertanyaan/bantuan berkaitan masalah teknikal dalam  mengisi borang permohonan
03-8688 1912
Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat


Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2022 (Isnin) jam 4.00 petang.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Join Channel Telegram - Meh Kerja
Sejarah

Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.




Previous Post Next Post