Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) - 31 Disember 2022 - JAWATAN KOSONG 2023 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) - 31 Disember 2022

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) was established under the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999. SUHAKAM has the mandate and responsibility as the National Human Rights Institution, to promote awareness and protection of human rights. 



Jawatan:


1. KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48

Tangga gaji : RM5,406.00 dan elaun tambahan sebanyak RM1,550.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur


2. PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41

Tangga gaji : RM2,422.00 dan elaun tambahan sebanyak RM900.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur


3. PEMBANTU TADBIR GRED N19

Tangga gaji : RM1,352.00 dan elaun tambahan sebanyak RM765.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur


Tarikh tutup : 31 Disember 2022 (Sabtu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Sejarah SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003

Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.





0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) - 31 Disember 2022"

Post a Comment