Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan - 11 Januari 2023

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UiTM Cawangan Kelantan.



Jawatan:


1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR FEBRUARI 2023


Syarat Lantikan:

1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syaratsyarat perlantikan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).

(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.

(c) Sihat tubuh badan.

(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.

(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.

(f) Pelajar UiTM/ Bekas Pelajar UiTM/ Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.

(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.

(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.


2. Taraf Jawatan- Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 6 hingga 22
Februari 2023.

3. Kadar Bayaran- RM4.00 sejam.

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Unit Penilaian Akademik dan Penerbitan (UPAP) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. (admin ada sediakan link muatturun borang permohonan di bawah)

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 11 Januari 2023 kepada:

Penolong Pendaftar Kanan
Unit Penilaian Akademik dan Penerbitan (UPAP)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan
Bukit Ilmu
18500 Machang
KELANTAN.


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Januari 2023 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan

Sejarah

Established on the 1st of July 1985 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) was established at Kem Kijang. In 1996, ITM Kelantan was relocated to the current permanent campus at Bukit Ilmu, Machang district.

UiTMCK has ever since soared into a premier tertiary education centre and geared up by the establishment of its city campus (Kampus Kota) in Kota Bharu, in 2007. UiTMCK continues to strive and is ever committed into making UiTM a world class university at large.




Previous Post Next Post