Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Malaya (UM) - 21 Disember 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Universiti Malaya (UM) seperti berikut :-



Positions:


1. PROJECT OFFICER GRADE N41
Pejabat Dekan, Fakulti Perubatan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 2,080.00
Gaji Maksimum : RM9,546.00


Skop Kerja:

1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan permohonan geran-geran penyelidikan (Grant Application) (dalaman dan luaran (peringkat tempatan)) yang merangkumi:

(a) menyemak kertas cadangan permohonan penyelidikan untuk memastikan permohonan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan (technical vetting);

(b) mengendalikan proses penilaian kertas cadangan termasuk mengenal pasti, menjemput dan membuat tindakan susulan dengan panel penilai; dan

(c) menyelaras proses menyenarai pendek dan pemilihan akhir termasuk menyediakan ruang dan keperluan mesyuarat; bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

2. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan permohonan geran-geran penyelidikan (Grant Application) (peringkat antrabangsa) yang merangkumi:

(a) mengenalpasti geran penyelidikan yang tersedia di peringkat antarabangsa mengikut kesesuaian bidang/skop di Fakulti Perubatan;

(b) membuat hebahan berkenaan geran penyelidikan antarabangsa secara berkala kepada warga Fakulti; dan

(c) menjadi sumber rujukan untuk proses permohonan geran antarabangsa seperti penyediaan proposal, agihan belanjawan dan lain-lain; bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

3. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan kelulusan (Grant Approval) dan pengagihan geran penyelidikan:

(a) berhubung terus dengan pihak Pusat Pengurusan Geran Penyelidikan (PPGP) dan Jawatankuasa Tabung (yang berkaitan) berkenaan kelulusan geran dan pembukaan tabung di dalam sistem;

(b) menyediakan maklumat agihan belanjawan; dan

(c) berhubung terus dengan Penyelidik Utama (PI) untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan kelulusan geran dan pembukaan tabung; bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

4. Menjadi sumber rujukan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan geran penyelidikan (Grant execution) seperti pindaan agihan, pembelian peralatan, permohonan menghadiri persidangan dan lain-lain bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.


Tarikh tutup permohonan : 21 Disember 2022 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Universiti Malaya (UM)

Sejarah

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya




Previous Post Next Post