Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar - 25 Disember 2022 [70 Kekosongan]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) seperti berikut : 



Jawatan:


1. PEGAWAI VETERINAR GRED GV41 - 70 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,697.00
Gaji Maksimum : RM9,551.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran Jabatan.


Sebelum atau pada 25 Disember 2022 (Ahad)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Latar Belakang

Asal-usul penubuhan JPV bermula dengan penubuhan Jabatan Veterinar seawal 1888, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Tugas utama Doktor ketika itu ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, sebuah pusat kuarantin telah dibina pada 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan penubuhan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga 1930.




Previous Post Next Post