1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji RM 1,493.00 (Minimum) RM 5,672.00 (Maksimum)
Kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan RM160.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM300.00
Bantuan Sara Hidup RM350.00
Syarat Wajib Permohonan:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
iii. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM
Syarat Lantikan:
Tahap Pendidikan : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji Permulaan RM1,493.00
ATAU
Tahap Pendidikan : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji Permulaan RM1,493.00
ATAU
Tahap Pendidikan : Sijil Matrikulasi KPM
Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan RM1,493.00
ATAU
Tahap Pendidikan : Diploma
Bidang/ Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan RM1,770.95
DAN
Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM
Bidang Keutamaan : Pengurusan Tanah, Pengurusan Pejabat, Pengurusan Aset,
Pentadbiran Awam
Syarat Lantikan Tambahan : Mempunyai 1 hingga 2 tahun pengalaman dalam pengurusan hartanah.
Deskripsi Tugas:
a) Melaksanakan aktiviti sewaan tanah/ bangunan/ kiosk/ gudang/ yad/ pushcart dan pajakan tanah di atas tanah hakmilik RAC; dan
b) Melaksanakan aktiviti pemutihan setinggan kediaman dan komersial di atas tanah RAC.
Lokasi Pejabat:
Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor
0 Comments