Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Maahad Tahfiz Negeri Pahang - 20 Januari 2023

Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan di Maahad Tahfiz Negeri Pahang seperti berikut:



Jawatan:

1. GURU AKADEMIK (BAHASA MELAYU / SEJARAH)


Kelayakan:

- Warganegara Malaysia.

- Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu/Sejarah yang diiktiraf setaraf oleh kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

- Calon bagi lantikan hendaklah mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam
peperiksaan SPM.


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Januari 2023 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2023 di Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Corporate Background

Detik bersejaraah penubuhan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah bermula dengan titah diRaja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang supaya diwujudkan sebuah institusi seperti Akademi al-Quran bertujuan melahirkan para hafiz dan juga qari/qariah yang berwibawa memandangkan Pahang tidak mendapat tempat yang baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa dalam Majlis Tilawah al-Quran. Seterusnya suatu bentuk kerjasama dengan pihak Darul Quran JAKIM telah dibentuk pada tahun 1996 untuk melaksanakan program Diploma Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat (MTQP) di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan. Pelajar-pelajar ini telah mendapat tajaan biasiswa Yayasan Pahang.

Keperihatinan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan al-Quran di negeri Pahang menjadi pemangkin ke arah penubuhan institusi ini. YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang telah bersetuju agar Yayasan Pahang membina dan menubuhkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kampus yang lengkap.

Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Pahang yang bersidang pada 9 April 2002 telah meminta Yayasan Pahang mengkaji kemungkinan untuk memperluaskan program tahfiz yang pada awalnya dianjurkan di Masjid Negeri oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).Seterusnya, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang pada 17 September 2002 telah bersetuju untuk memperluaskan lagi program tersebut dengan pembinaan kampus tetap di atas tanah Yayasan Pahang seluas 8.7 ekar di Tanjung Lumpur, Kuantan dengan peruntukan sebanyak RM 10.73 juta. Kerja-kerja pembinaan kampus telah bermula pada 6 September 2004 dan telah siap pembinaannya pada 13 November 2005.
Previous Post Next Post