HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Melaka (UNIMEL) - 18 Januari 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Melaka (UNIMEL)




Positions:


1. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)


2. PEMANDU KENDERAAN (H11)


3. PEKERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN PEMBERSIHAN BANGUNAN


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama :

i. Borang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Universiti Melaka www.unimel.edu.my (link muatturun ada disediakan di bawah)

ii. Resume / butir-butir peribadi dan salinan kad pengenalan pemohon .

iii. Sijil – sijil / dokumen yang berkaitan.

iv. Slip gaji 3 bulan terkini (sekiranya ada).


b)  Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat permohonan. Permohonan hendaklah dihantar bersama salinan sijil yang diakui sah kepada:

PENDAFTAR
UNIVERSITI MELAKA
BATU 28, KUALA SUNGAI BARU
78200 MELAKA
(U/P: UNIT PERJAWATAN)
PERKARA AM


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Januari 2023 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Universiti Melaka (UNIMEL)

Tentang kami

Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian Islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan/

Pada 8 April 2021 secara rasmi KUIM telah dinaik taraf menjadi sebagai sebuah Universiti Penuh dan kini dikenali sebagai Universiti Melaka atau UniMEL. Dengan pengiktirafan ini, KUIM (UniMEL) dan kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama bagi meningkatkan jumlah pelajar tempatan dan antarabangsa, seterusnya membantu meletakkan UniMEL dalam ‘ranking’ institusi pengajian tinggi seluruh dunia, sekali gus menjadikannya satu daripada institusi pendidikan terunggul di Malaysia.




Previous Post Next Post