Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 17 Januari 2023

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seperti yang dinyatakan di bawah ini:-



Jawatan:


1. JURUUKUR BAHAN J41


2. PEGAWAI TADBIR (BIDANG PEMASARAN) N41


3. PUSTAKAWAN S41


4. PEGAWAI PERUBATAN UD43-UD53


5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29


6. PENOLONG JURUTERA JA29


7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


8. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29


9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19


10. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Januari 2023 (Selasa) sebelum jam 3.00 petang.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Penubuhan UTHM

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’  Sri Najib Tun Abdul Razak.





Previous Post Next Post