HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar - 11 Januari 2023 (6 Kekosongan)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) seperti berikut : 



Jawatan:


1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (GENETIK)
6 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,315.00
Gaji Maksimum : RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

 
Deskripsi Tugas:

Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.

Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.

Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.


Sebelum atau pada 11 Januari 2023 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Latar Belakang

Asal-usul penubuhan JPV bermula dengan penubuhan Jabatan Veterinar seawal 1888, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Tugas utama Doktor ketika itu ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, sebuah pusat kuarantin telah dibina pada 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan penubuhan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga 1930.




Previous Post Next Post