Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Labis (MDL) - 14 Februari 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Labis (MDL) seperti berikut:



Jawatan:


1. PEMBANTU PENILAIAN (W19)

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM 1,353.00); atau
 
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM 1,409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM 1,465.80).


2. PEMANDU KENDERAAN (H11)

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lessen memandu dalm tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D : RM 1,264.15
- Lesen E/E1/E2 : RM 1,310.30
- Lesen F/H : RM 1,356.45
- Lesen G/I : RM 1,402.60


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/ jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/ jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian. 


Tarikh tutup permohonan : 14 Februari 2023 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Daerah Labis (MDL)

Latar Belakang

Majlis Daerah Labis (MDL) telah ditubuhkan pada 1 September 1979 di bawah seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Akta 171.

Luas kawasan sebagaimana ditunjukkan melalui Pelan Warta (PW) 1265 seluas 47.26 batu persegi iaitu 122.4 km persegi atau 12,240 hektar.

Tarikh pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Akta 171 adalah serentak dengan tarikh penubuhan MDSS iaitu pada 1 September 1979 .



Previous Post Next Post