Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Labuan - 29 Mei 2023

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Labuan.

Jawatan:


1. PERSONAL MYSTEP GRED 41

Pendidikan : Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Teknologi Maklumat
Gaji : RM2100.00
Tempoh Perkhidmatan : *mulai Tarikh Lapor Diri Sehingga Tidak Kurang Daripada Sebulan Dan Tidak Melebihi 12 Bulan
Kekosongan : 1
Penempatan : Jabatan Pengurusan Maklumat


Syarat Lantikan / Kriteria Calon 

A. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i) Warganegara Malaysia

ii) Keutamaan Calon LELAKI

iii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iv) Ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

vi) Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan 


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2023 (Jumaat)



2. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Gred : N41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan : 1

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 2,080.00
Gaji Maksimum : RM9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080.00); atau

b. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijl Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mei 2023 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah\


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Perbadanan Labuan

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Latar Belakang

Perbadanan Labuan merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Ia merupakan suatu agensi pentadbiran yang bertindak dibawah perundangan Kementerian 

Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. PL bertanggungjawab secara kolektif dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kemandirian Wilayah Persekutuan Labuan. Antara aspek yang berada dalam tanggungjawabnya termasuklah kesihatan awam dan sanitasi, pengurusan sisa pepejal bandar, pengurusan sisa buangan bersepadu, perancangan bandar, pemuliharaan alam sekitar, kawalan bangunan dan premis perniagaan, lesen perniagaan dan penjaja, pengurusan fungsi kawalan bandar dan infrastruktur awam dan pelancongan. Ibu pejabat Perbadanan Putrajaya terletak di Wisma Perbadanan Labuan dekat Jalan Dewan, Bandar Labuan. PL juga mempunyai bangunan lain diantaranya Menara Perbadanan Labuan dekat Jalan OKK Awang Besar.




Previous Post Next Post